Halaman

Followers

Jumaat, 14 Disember 2012

Secebis Kata

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.


     Syukur Allhamdulillah, berkat kesungguhan dan kesabaran serta bimbingan tutor,ahli keluarga dan rakan-rakan akhirnya saya dapat menghasilkan Laman Blog Galeri Ilmu ini.  Blog ini memuatkan himpunan ilmu serta kemahiran dan teknik pengajaran Bahasa Melayu Tahun 1. Di samping itu, blog ini boleh dijadikan rujukan buat ibu bapa di rumah untuk mendidik anak mereka.

     Jutaan terima kasih juga ingin saya tujukan buat seluruh rakan UPSI Malaysia kerana sudi menjadi pengikut(followers) dan memberikan komen yang membina ke atas Blog Galeri Ilmu ini. Harapan saya , ini bukanlah titik penghujung bagi kita semua.. Teruskanlah ulsub ini demi mendidik anak bangsa kita agar mereka dapat memacukan diri hingga ke mercu kejayaan.

      Akhirulkalam, Syukur Alhamdulillah buatMu Ya Allah S.W.T kerana memberikan ilham kepada diri ini dalam menjalankan usaha perkongsian maklumat kepada rakan-rakan dan murid-murid.



Hargai Guru dan Sahabat Anda

 JOM NYANYI BERSAMA UPIN DAN IPIN!!
                 
                       











Pantun Empat Kerat











Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam sejahtera untuk semua,
Kali ini kita menukar cara,
Mengajar murid berpantun pula. 

    Buah cempedak diluar pagar,

    Ambil galah tolong jolokkan,
    Saya budak baru belajar,
    Kalau salah tolong tunjukkan.

Gunung Ledang Gunung Daik,

Tempat Hang Tuah pergi bertapa,
Kalau nak jadi anak yang baik,
Dengarlah cakap ibu bapa.

    Pergi ke kolam untuk berenang,

    Berkayuh pula menggunakan sampan,
    Jasa guru haruslah dikenang,
    Agar berjaya di masa hadapan.

              - SEKIAN -



Latihan Bacaan Bergred

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.













Terapkan Nilai Murni

          Walaupun kita mengajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu, nilai murni yang berbentuk keagamaan juga harus diterapkan lalu dipraktikkan dalam kehidupan seharian.